Monday, June 15, 2009
Tegas vs Garang
Manakala garang adalah satu perkara yang buruk.Garang boleh menyebabkan kawan terasa hati,mood berubah dan boleh menyebabkan kawan yang sedang bercakap di telefon dengan kita jadi takut,lantas menyebabkan topik terus berubah dan paling tepat kawan kita jadi geram (eeeeeeeeeee!!!!!)macam tulah bunyinya...
Teringat saya pada lecturer saya yang mengajar saya pada semester 2 dahulu.Seorang yang amat tegas,namun bijak mengajar dengan gaya tersendiri dan amat hebat dalam berjenaka.Jenakanya boleh membuatkan saya ketawa terbahak2 dan kalau peraturan universiti membenarkan pelajar berguling atas lantai kerana jenaka hebat oleh pensyarah sayalah yang akan jadi orang pertama.Tapi saya pasti saya juga yang akan jadi first people kena buang dari universiti.(you are fired!!!!!)
Tapi saya amat kagum dengan karakter pensyarah tersebut.Tegas tapi hebat berjenaka dan mengajar.Tapi isu ini sesuai dalam kerjaya pensyarah dan tidak sesuai dalam organisasi pekerjaan yang memerlukan kepantasan berfikir,kelajuan berkomunikasi dan organisasi yang amat tamak dalam mengaut keuntungan.(mesti geram je bos kat luar tu yang baca artikel ni).Maksud saya isu jenakalah yang perlu ada pada setiap bos dalam organisasi pekerjaan.Saya yakin jika bos tegas dan amat hebat dalam jenaka atau lawak yang mencuit hati pasti dan pasti pekerjanya akan terus berkhidmat untuknya.Terus pekerjanya jadi setia,sayang dan jikapun dia dihantar ke cawangan lain untuk bekerja pasti nama "bos" tempat lama dia bekerja takkan terdelete dalam ingatan.
Namun garang pula amat berbeza dengan tegas.Jika ditanya kepada budak tadika tentang Apakah itu Garang? pasti mereka akan kata harimau,singa,buaya.Dan tak tekecuali juga ada yang berkata mak mereka GARANG.Tak pasal-pasal mak termasuk dalam golongan ini.Ada pula disamakan mak dengan harimau, singa dan buaya.Iyalah,mungkin sesetengah akan berkata mak garang sebab suka marah bila kejut subuh,marah sebab lambat bersiap ke tadika dan suka marah sebab "period".Wowwww!!kalau ada budak yang boleh jawab macam tu gerenti dia bukan budak.Tapi bapaK budak!!!
Semasa saya budak hingusan atau darjah 3 dahulu saya pernah lihat ada guru yang amat
garang.Garangnya tak ingat,kalah harimau, singa, buaya dan lembu yang liar yang ditunggang oleh peserta di Sepanyol yang saya lihat di tv.Begitu banyak budak yang membenci,mengutuk dan rasa takut hingga ada yang takut hadir ke kelas disebabkan seorang guru yang garang tahap monster.Apabila saya besar dan teringat akan peristiwa ini saya rasa rugi. Kenapalah dulu saya tak bakar kereta dia,ugut dia dan campak dia daripada bangunan tinggi KLCC.But, past is past.
Saya juga pernah ditampar guru sejarah kerana seorang rakan yang membuat bising dalam kelas. "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga".Disebabkan kawan kami itu,seorang guru dari kelas sebelah datang dengan muka garang yang amat menakutkan.Dipanggilnya kami semua supaya beratur panjang-panjang dan suruh mengaku siapa yang yang buat bising tadi.Manalah ada yang nak mengaku.Maka bermulalah adegan sepak menyepak oleh guru tersebut terhadap kami.Ditamparnya kami sekuat hati seperti tampar nyamuk yang banyak kali terlepas dari tamparan,juga seperti sedang menampar makhluk yang tak bernyawa.Satu persatu ditamparnya.
Maka tiba giliran saya untuk ditampar dengan dasyat oleh beliau.PANGGGGGGG!!!!!satu tamparan hebat tangan kanan melayang di sebelah kanan pipi.Mimik muka berubah, lima kesan jari setia melekat dipipi.Maklumlah masa itu muka agak putih.Namun saya tetap redha.Semasa waktu rehat banyak kawan mengejek kerana ada bekas lima jari cikgu tadi di pipi.Dan disebabkan kesan itu, saya rasa sayalah pelajar yang ditampar paling kuat dan gagah sekali oleh cikgu sejarah itu.Sedih memang sedih sekali.Ditampar atas kesalahan orang lain.
Garang.Itulah sifat buruk manusia yang amat digalak untuk dielak dan amat perlu satu syarikat atau pertubuhan ditubuhkan untuk orang yang garang seperti ini.Mungkin syarikat atau pertubuhan ini perlu mengadakan modul sikap tegas dan jenaka untuk overcome gejala garang di kalangan manusia.Banyak kerjaya yang menyebabkan kegarangan berlaku seperti kerjaya tukang masak kerana ianya berdekatan dengan api,pegawai penjara kerana suka bermain psikologi dengan penjenayah,tentera kerana suka bergaduh tunjuk siapa kuat,tukang buat besi atau keris kerana suka main dengan bara api dan sebagainya.Saya yakin mungkin dengan cara ini garang dan bengis dapat dikurangkan manakala sifat tegas dan jenaka dapat dikembangkan.Seronok kan kalau ada syarikat macam ni.
Jadi sikap tegas dan garang jelas sekali berbeza...
Jadi tan,eh,eh bukan Tan tapi Zahra.Semoga Zahra akan terus bangun dan jangan jatuh lagi.Jangan bersedih dan jangan terlalu banyak berfikir.
The Journey of Azlan and Tan.
-end-
Friday, February 27, 2009
hiburan tiada 'kuasa' untuk menghiburkan
Tulisan hasil sumbangan Hamba Allah S.W.T
TREND MENGURANGKAN RASA BERDOSA ABAD INI!
Saya benar-benar kebingungan. Bagi seorang yang hidup 11 tahun di perantauan, kembali ke
Saya terkasima semasa bersiap-siap untuk pulang ke tanah air for good, ketika membaca pengumuman nama Rais Yatim diberikan peranan sebagai Menteri Kebudayaan kabinet Pak Lah yang baru. Hairan bin Ajaib, apa yang saya kenal tentang Rais Yatim, menimbulkan tanda tanya. Mengapakah seorang menteri yang begitu genius khususnya dalam hal ehwal berkaitan undang-undang, tiba-tiba ditempatkan sebagai menteri di sebuah kementerian yang menguruskan hal ehwal zapin dan joget, pesta budaya dan orang filem
Namun, kehairanan saya terjawab apabila saya membaca temuramah bersama Rais Yatim di akhbar The Star bersama HL Wong [17 April 2004] di bawah tajuk "Stop ‘Arabising’ Malay Culture" atau "Berhenti MengArabkan Budaya Melayu". Tegasnya, temuramah itu menggambarkan misi Rais Yatim yang mahu mengembalikan semula identiti Melayu yang padanya telah terpadam oleh proses Islamisasi yang diterjemahkannya sebagai Arabisasi. Antara budaya Melayu yang mahu ditonjolkan kembali adalah budaya tari menari. Orang Melayu tak mungkin dapat dipisahkan daripada tari menari kerana ia telah mendarah daging di dalam tubuh kita, tegas beliau.
Nampaknya apa yang dinyatakan oleh beliau benar-benar terealisasi di dalam masyarakat kita. Usahlah pergi jauh, kampung saya sendiri telah terasa kesannya. Seingat saya, kali terakhir kampung saya dihiruk-pikukkan oleh Joget Lambak ialah semasa saya masih di bangku sekolah rendah. Itu bererti Joget Lambak telah pupus di kampung saya semenjak 20 tahun yang lalu. Tetapi pupusnya Joget Lambak bukanlah kerana kampung saya telah diArabkan seperti bangsa
Tetapi, selepas 11 tahun saya meninggalkan kampung, saya dikejutkan dengan suatu pengalaman pahit di malam itu. Hanya beberapa ratus kaki dari rumah saya, kenduri kahwin jiran yang siang tadi diTahlilkan dan di'doa selamat'kan oleh Imam kampung, malam ni berjoget terlambak-lambak. Berdentam-dentum dram dan gitar, anak-anak muda terloncat-loncat dan lebih mendukacitakan saya, ia berlaku bersebelahan masjid. Aduh... gelisah saya sepanjang malam di samping anak-anak saya yang tidak boleh tidur akibat kebisingan mereka yang berlanjutan hingga ke tengah malam. Walaupun anak saya lahir di bandar yang penuh orang mabuk dan saling berbunuhan sesama sendiri (di Belfast), namun fitrahnya masih merintih kedamaian yang dibunuh 'orang kahwin' malam itu.
RAKYAT KETAGIH HIBURAN
Fenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau di Ireland, rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satu demi satu, tetapi di
Iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ring tone telefon bimbit juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama juga mesti ada unsur hiburan. Mana-mana agenda yang tiada unsur hiburan dengan sendirinya terpinggir. Kehidupan masyarakat kita sudah 'entertainment centered'. Segala keperluan hidup diarahkan kepada hiburan malah wang yang dicari dengan penat lelah, amat mudah ditaburkan kepada sms demi memenangkan idola masing-masing. Akhirnya terhibur menjadi tujuan hidup! Mana-mana yang tidak menghiburkan, tiada makna dan tiada nilai.
Namun, mungkin akibat desakan kemahuan Islam yang masih ada nyawa, suara-suara menegur masih kedengaran walaupun tidak begitu diendahkan. Mufti berfatwa, pendakwah menegur, pemimpin mengeluh. Namun untuk berundur daripada dunia hiburan, jiwa sudah ketagihan. Bagai penagih yang keluar masuk pusat serenti, begitulah rakyat yang sudah ketagih hiburan. Sembahyang, sembahyang juga. Tapi kemudian kembali berhibur. Tarian dan lagu-lagu pathetic terus didendangkan, namun nama-nama Tuhan diselitkan jua. Akhirnya muncullah suatu trend baru dalam masyarakat kita di mana Islam menjadi kosmetik paling murah tapi laku.
Persoalannya, salahkah berhibur? Tentu tidak salah... namun hiburan yang bagaimana? Mentor saya memberikan analogi yang menarik. Katanya, nasyid umpama iklan. Iklan yang berkesan adalah iklan yang berjaya meningkatkan penjualan produk. Tetapi jika yang dikenang hanyalah iklan dan kecantikan paras rupa modelnya, sedangkan barangan tidak terjual malah tersisih dari pasaran, maka iklan itu sudah tersasar. Produk yang diiklankan, pelakon iklan yang naik saham!
Nasyid menjadi wadah 'mempromosikan' Islam dengan citarasa yang kontemporari. Nasyid bertujuan 'memperkenalkan' Tuhan. Namun bagi yang mendengar nasyid cintan cintun dan rap sampah sarap hari ini, berapa ramai yang 'membeli' Tuhan? Adakah cinta kepada Ilahi meningkat selepas menghayati nasyid seperti itu? Walaupun ada penyanyi wanita tergamak mengheret jubah dan tudung ke pentas tari menari, atau yang lelaki menyelitkan kalimah-kalimah Arab di celah caca merba nyanyiannya itu, persoalannya yang manakah yang laku? Adakah Islam semakin laku? Adakah Tuhan semakin dibesarkan? Amat pelik, jika nasyid itu kononnya mempromosikan Islam tetapi Islam tetap tidak laku di pasaran. Jika ia sebuah iklan, maka nasyid hari ini menjadi contoh iklan yang tidak berkesan. Iklan laku, barang tak laku. Nasyid laku, Tuhan tetap terpinggir dan dilupakan.
APAKAH SEMUA INI?
Inilah soalan yang membingungkan saya. Kita melihat bagaimana menyebut kalam-kalam iman seperti Insya Allah, Alhamdulillah, Syukur, Ameen dan lain-lain sudah menjadi seperti adat. "Semoga Tuhan memurahkan rezeki saya dalam bidang ini!", Tuhan mana yang mengurniakan kemurahan rezeki dalam bentuk maksiat dan kebinasaan jati diri? Kepada Tuhan manakah, si artis tadi berdoa? Habis, apa ertinya mereka yang berpenat lelah melawan hawa nafsu dan syaitan dalam kehidupan sedangkan dalam keadaan menaja maksiat, Tuhan masih mengurniakan kemurahan rezeki? Saya masih ingat bagaimana salah sebuah kumpulan ditemuramah oleh televisyen tentang rahsia kejayaan dan keyakinan diri mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka ada sejenis meditation. Apabila diminta membuat demonstrasi, mereka yang terdiri daripada beberapa lelaki dan seorang perempuan berpegangan tangan membentuk bulatan dan... AL-FATIHAH! Selepas itu ketua kumpulan membacakan doa sambil menadah tangan, memohon supaya Allah melindungi band mereka dari kekalahan dan mala petaka bahaya. Terpegun saya menontonnya. Wartawan tersebut pula mengucapkan syabas kerana walaupun kumpulan tersebut menyanyikan lagu kontemporari dan moden, tetapi masih tidak lupakan agama!
Bingung saya memikirkan hal ini. Apakah sebenarnya kefahaman mereka tentang Islam? Adakah mereka benar-benar memaksudkan bahawa Allah, Tuhan Muhammad, Tuhan Abu Bakr, Tuhan Imam Syafie, adalah Tuhan yang sama boleh mengurniakan keredhaanNya kepada acara henjut-henjut mereka di dalam konsert tersebut? Apakah pelajar-pelajar Akademi Fantasia benar-benar percaya bahawa di alam bukan Fantasia, Allah SWT telah menghalalkan perlakuan mereka hanya kerana sebelum jamming, mereka memberikan salam? Seperti orang yang makan daging yang unknown, baca sahaja Bismillah dan baham! Lantaklah daging tu babi ke atau lembu mati dilanggar kereta, yang penting tadi Bismillah telah dibaca. Err... saya benar-benar kebingungan.
Akhirnya, saya sampai kepada suatu kesimpulan. Saya terkenangkan kepada hadith riwayat Huzaifah, bahawa Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan bahawa di akhir zaman, kebenaran itu masih bertahan tetapi bezanya dengan Islam di zaman silam ialah, Islam di akhir zaman ini berdebu, samar-samar dan berasap. Jika realiti di akhir zaman ini begitu, ini bererti Islam tidak boleh dinilai dengan pandangan mata biasa kerana di dalam suasana yang berdebu lagi berasap, dua biji mata di kepala ini akan kemerah-merahan, kabur, berair dan kelam penglihatannya.
Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhir zaman, adalah mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datang dari Tuhan. Dia tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu Nabi Muhammad SAW menyuruh kita meminta pandangan hati dalam menilai kebenaran. Dosa itu adalah apa yang mendatangkan keresahan di hati dan kebaikan pula mententeramkan jiwa. Asalkan hati itu bersih, ia akan meilhat dengan pandangan Allah. Pandangan Allah itu adalah world view yang berasaskan tauhid. Tauhidic Mindset itu adalah suatu pandangan yang menilai kehidupan ini berasaskan pandangan Tuhan. Apa yang baik di sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisi Allah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh mata kasar, namun yang perlu disuburkan adalah pada mata di hati yang kenal Tuhan dan tahu ke mana ia patut pergi.
Oleh yang demikian, adanya rap dan pop yang dinasyidkan, adanya penari dan penyanyi yang bertudung dan berjubah, adanya juara Akademi Fantasia yang berlatar belakangkan agama, hanyalah kosmetik Islam. Kita masih mahu berhibur tetapi kita sedar yang kita sudah terlalu terhibur. Kita sedar hiburan kita sekarang adalah dosa. Maka dengan adanya kosmetik Islam tersebut ia dapat mengurangkan rasa berdosa. Sama seperti seorang artis yang pergi umrah. Menangis-nangis di depan Kaabah dan kemudian balik ke KL berdansa semula. Namun diceritakan kepada wartawan perasaannya semasa berumrah itu. Sedangkan tidak sedikit pun kemungkarannya yang ditinggalkan. Namun, dengan menggunakan hasil nyanyian itu untuk mengerjakan umrah, ia dapat mengurangkan rasa berdosa tersebut. Sama juga seperti orang yang menyamun harta orang lain, menipu dan menindas, kemudian sedekah sedikit hasil kerjanya itu kepada rumah kebajikan. Kurang sedikit rasa berdosa.
Sedangkan apa yang saya belajar, apa yang Imam al-Ghazali tegaskan di dalam pengajarannya ialah: MEMBUANG RASA BERDOSA KETIKA MASIH MELAKUKAN DOSA ADALAH SEBESAR-BESAR DOSA! Allah.. selamatkan kami dari fitnah akhir zaman.
Wednesday, February 11, 2009
antara ugutan, tawaran jawatan dan sogokan material
Kata itu dari Timbalan pesuruh PAS kedah Dato' Mahfuz Omar tentang wabak lompat melompat kontroversi berlaku di perak supaya tidak merebak di Kedah.Bagaimana dengan letak jawatan pula?
Ana rasa wabak letak jawatan ini baru permulaan.permulaan yang baru berlaku kepada V Arumugam dan bakal diikuti oleh adun lain kelak.Mana tidak tiba tiba letak jawatan dan terus menghilangkan diri.Kalau ana yang jadi wakil rakyat boleh saja buat begitu juga.Tapi ana masih rasional.Percaya juga ana orang di luar juga sama.Ana pening kepala.Nasib baik ana bukan orang perak nanti kepala pening.
Semua orang ada harapan.ada mahu jadi kaya,mahu kuasa,pangkat darjat.tapi bagi ana harapan orang Kedah lagi besar.Makin besar supaya lompat tidak berlaku oleh adun adun mereka.Mereka tidak perlu kaya,kuasa,pangkat dan darjat cukup dengan kejujuran adun mereka.Ana juga begitu.Kejujuran penting.Macam kisah percintaan penuh dengan kejujuran mengatasi segala.Harap mereka tidak lompat.Cukuplah dengan buai laju laju.
Jika lompat berlaku pasti makin banyak rakyat berbaringan di jalanan.Ana suka baring di jalan tarnya sejuk di malam panas di siang.Cuma ana malu mahu buat di siang malam ana berani.
Tapi ana bagi syabas pada rakyat perak yang baring di jalanan.Mereka sanggup redah apa sahaja hingga sanggup baring pertahan hak mereka.Ini ana cukup salute.Jika ana kahwin nanti ana akan ajar anak ana baring di jalan.hehe.Tak sabar ana mahu kahwin.Ana syorkan pemuda pemudi sana cepat kahwin dapat anak dan terus didik mereka supaya tidak goyah pertahan hak walau apa jua berlaku.
Ana terbayangkan apabila lompat melompat juga berlaku di kedah.Berapa ramai rakyat akan baring.Harap tiada lagi baring dan gas pemedih mata yang tiba tiba melompat.
Ana juga terbayang berapa banyak ugutan,kuasa dan sogokan material yang akan diberi jika adun adun kedah tidak melompat.
Menteri besar perak Dato' ir Nizar jamaluddin juga ana suka.Tetap cool walau banyak adegan lompat tanpa maruah berlaku.Senyum sahaja dia.Penuh ketenangan.
Babak hitam akan tiba cuma kita sahaja tidak tahu babak mana dahulu yang datang.Kadang kala ada babak gembira dulu sedih kemudian ada babak dulu sedih kini gembira.Ana cuma tunggu jika tiba tiba ada babak yang tak ikut skrip dan terus makan diri.
lompat si katak lompat lompat tinggi tinggi
baring rakyat baring baring rapat rapat
tahan nizar tahan
rampas kuasa kembali
Tuesday, February 10, 2009
Pemimpin bergaduh rakyat selesa
Ana jadi lali dengan media.Sudah tahu telahan apa yang akan muncul.Macam biasa kata mereka kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Ir Nizar sudah tidak relevan.Puas pula ana tunggu apa yang akan dikatakan Datuk Seri Nizar.Faham faham sajalah media kerajaan ni.Macam biasalah peranan media.Kebenaran terus menjadi paksi tohmahan mereka pada kerajaan pakatan rakyat di Perak.Teruskan.teruskan.Ana suka.Suka pada kebodohan yang ada di mana mana.
Ana tiba tiba teringat pada lecturer ana.Dia kata kebodohan ada di mana mana.Bukan kira tempat katanya.Kadang kadang yang pandai pun bodohnya ada di mana mana.Bagi ana kadang kala bodoh ada di penulisan kita,fikiran kita, pakaian kita,riak wajah kita,marah kita, sedih kita.
Pemimpin begitu jugalah.Jika pemimpin dilantik silap maka setiap perkara akan jadi banyak bodoh.Bodoh pada percakapan contohnya.Banyak ana lihat begitu hari ini.Tapi ana bukan zalim hingga kata semua pemimpin bodoh.haha.ana macam emosi pula.
Namun ana lihat kecenderungan ke arah kebodohan ini semakin bercambah.Hari ke hari.Masa ke masa.Tapi di hari perlompatan parti bagi ana adalah hari bersejarah yang paling bodoh.Ana masih rasional masih lagi boleh terima hakikat.Jadi ana terima sajalah kebodohan ini.Bagi ana ini adalah kebodohan golongan pemimpin yang suka melompat dan buai laju laju.Golongan ini tak sabar mahu sampai ke atap dengan cara mudah.Maklumlah mungkin mereka dahulu pernah belajar di sekolah atap atau pondok.Jadi ana tak hairanlah.
Mungin mereka mahu buat kajian tentang satu kajian kes lompat parti dan kesannya ke atas penderitaan rakyat.Bila mahu buat kajian mesti sampelnya ada dan demografinya lengkap.Maka tak semena lompat parti diadakan bagi mempercepatkan proses kajian.Dan juga thesis statement yang dikemukakan pastinya ingin mencari kepastian adakah benar penderitaan rakyat sedang berada di puncak klimaks.
Pemimpin bergaduh rakyat menderita?adakah adil begitu.Ana rasa seperti kita dipermainkan.Sudah acap kali kita dipermainkan.Dipermainkan dengan cara yang tidak rela.Disebabkan pemimpin bergaduh ada rakyat terkenal dengan nama ISAnya.ada rakyat menderita berdemontrasi,mogok seperti hamster.Ana rasa kasihan.Bahaya di biar lama lama.
Jika boleh ana mahu 'pemimpin bergaduh rakyat selesa'.
Sunday, February 1, 2009
awal akhir
awal
kau pasti akan berakhir
awal
kau yang memulakan
dan kau yang mengakhirkan
awal
muncul kau tiba tiba
awal
alangkah baik jika kau awal
namun
kau datang pada akhir
betapa kau awal dahulu
pasti akan membahagiakan
pasti akan gembira
namun
sering saja kau akhir
oh
betapa musnahnya harapan
betapa musnahnya impian
awal pasti bahagia
akhir pasti merana
p/s:fuh!!!mujur aku datang awal ke kuliah hari ini
Sunday, January 11, 2009
Akhir Dari Sebuah Pertengkaran
Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.Pian: "Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"Amat: "Ya betul..."Pian: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"Amat: "Akhirnya dia berlutut di depan aku..."Pian: "Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"Amat: "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"Pian: "@#$!%^&%"---- sumbangan: Ramly
